Cerita Tentang Kami

Assalamualaikum...

Nama Trendysite diilhamkan oleh Riani ( Zue ).Diterajui oleh dua beradik Zue ialah kakak manakala Za adalah adik.Pada mulanya kami mahu menjual tudung dan pakaian.Entah macam mana suatu hari ketika Zue pulang dari kerja dia mendapat ilham menghasilkan kraf dari kain felt.Lalu bermulalah kreativiti kami dalam menghasilkan pelbagai barangan.Kami juga membuat rujukan di internet.


Untuk permulaan, kami menggunakan foam.kemudian kami tunjuk kepada rakan rakan sehinggalah akhirnya kami membuat mengunakan felt.Alhamdulillah dari hari ke hari ada sahaja yang bertanya dan menempah

Setelah 2 tahun ( 2011) sehingga lah kini ( 2013 ) kami sudah mampu membeli mesin untuk kraf.Ia memudahkan kami jika berlaku banyak tempahan.

   

Ada juga kami menyertai booth ( jualan ) di Karnival Anjuran Kolej Komuniti dan juga di UMP.Alhamdulillah makin hari hasil kami mula dikenali sedikit demi sedikit.Kini kami sentiasa berusaha dengan sabar dalam memajukan kraf kreatif di Malaysia, InsyaALLAH


0 comments:

Post a Comment